Jalan cerita Hyouka

Atas permintaan kakaknya, Hōtarō Oreki menyertai Kelab Sastera Klasik Sekolah Tinggi Kamiyama untuk menghentikannya daripada dibubarkan, disertai oleh rakan-rakannya iaitu Eru Chitanda, Satoshi Fukube dan Mayaka Ibara.

Kisah ini didasarkan daripada pengalaman sebenar di Sekolah Tinggi Hida, Prefektur Gifu

Watak Utama

Hōtarō Oreki (折木 奉太郎, Oreki Hōtarō)Pengisi suara: Yuichi NakamuraProtagonis utama Hyōka, dia ialah seorang budak yang rasional yang hidup dengan moto "Jika saya tidak perlu melakukan sesuatu, saya tidak akan lakukannya, tetapi jika saya perlu, saya akan melakukannya dengan cepat." Dia hanya menyertai Kelab Sastera Klasik atas permintaan kakaknya, Tomoe Oreki, untuk menghentikannya daripada dibubarkan. Dia mengatakan bahawa dia tidak suka membuang tenaga, tetapi jika diberi satu misteri untuk disiasat, dia akan menyiasat sehingga ia diselesaikan dengan logiknya. Atas desakan kakaknya, dia mendapati dirinya lebih terbabit dengan kehidupan sekolah tinggi.Eru Chitanda (千反田 える, Chitanda Eru)Pengisi suara: Satomi SatōSalah satu pelajar yang menyertai Kelab Sastera Klasik. Kata-kata yang sering diungkapkannya ialah "Saya ingin tahu!" Walaupun dia mendapat gred tertinggi dalam akademik, dia sering bergantung kepada kebolehan Oreki. Dia seorang gadis bertenaga yang mahir dalam tradisi dan etika pekan tersebut lantaran berketurunan petani kaya. Setiap kali suatu misteri mencuri perhatiannya, dia tidak akan dapat berhenti berfikir tentangnya sehinggalah misteri itu diselesaikan. Dia kagum akan Oreki dan sering memujinya atas bakat dan kebolehannya dalam menyelesaikan kebanyakan permasalahan. Dia juga cuba menyorokkan perasaannya terhadap Oreki.